Muda & Derhaka

Muda & Derhaka

Author: Rien Sd.

Publisher: Strategic Information and Research Development Centre

Published:

Total Pages: 128

ISBN-13: 9672464037

DOWNLOAD EBOOK

Mengapa kita perlu menerima segala keputusan yang berlegar dalam ruang sosial tanpa menggugat atau sekurang-kurangnya menyemak relevansinya? Adakah kita kekurangan karangan-karangan yang mencerahkan dan menguak minda masyarakat ataukah kita sudah menjadi lemah, layu dan longlai akibat dibelasah teruk oleh wacana hegemoni yang mendominan? Naskhah ini tidak bertugas untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan kemas dan mapan, namun berperanan untuk membangkitkan pertanyaan-pertanyaan penting yang terpencil dan digelapkan. Mengungkit-ungkit permasalahan setempat dan memikir-ulang peranan orang muda dalam berhadapan dengan "tirani baru" yang boleh berbentuk wacana kekuasaan, agama dan budaya. Ketidakberesan ini cuba digembar-gemburkan dan berharap agar masyarakat mula terlibat dalam misi pemberdayaan dan mencerahkan masyarakat. Kritik sosial dan sanggahan-sanggahan yang tersedia dalam naskhah ini menuntut kritik balas dan gugatan yang lebih kemas. Ini fungsi wacana yang perlu dihidupkan semula. Dan, inilah peranan orang muda. Sekalipun masyarakat menghukumnya derhaka.


Tawarikh Melayu dan Melaka

Tawarikh Melayu dan Melaka

Author: Ahmat Adam

Publisher: Strategic Information and Research Development Centre

Published:

Total Pages: 169

ISBN-13: 9672464983

DOWNLOAD EBOOK

“...penerbitan esei-esei ini juga digerakkan oleh rasa tidak senang penulis terhadap beberapa orang yang berlagak sarjana ilmu tawarikh tetapi menulis hal-hal dongeng ciptaannya sendiri yang didakwanya sebagai sejarah, tanpa mengemukakan dalil sahih yang menjadi landasan penulisan ilmu tawarikh atau ilmu sejarah.” Dalam karya terbarunya ini, Prof. Emeritus Ahmat Adam membincangkan zaman silam Melaka dan kaitannya dengan tawarikh bangsa Melayu. Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan beliau, dan antara topik yang dibincangkan ialah penaklukan kesultanan Melayu Melaka oleh bangsa Portugis, perihal Laksamana Melaka yang bergelar Hang Tuha (bukan “Tuah”), dan warisan budaya Nusantara seperti ilmu huruf serta hubungannya dengan permasalahan dan makna huruf al-Qur’an yang sangat mempengaruhi para sarjana zaman dahulu.


Malay Magic

Malay Magic

Author: Walter William Skeat

Publisher: BoD – Books on Demand

Published: 2020-04-14

Total Pages: 765

ISBN-13: 3846048720

DOWNLOAD EBOOK

Reprint of the original, first published in 1900.


Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19

Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19

Author: Jelani Harun, Mahani Musa, Idris Mansor & Aisyah Kamaruddin

Publisher: Penerbit USM

Published: 2021-01-01

Total Pages: 343

ISBN-13: 9674615725

DOWNLOAD EBOOK

Buku ini menampilkan kepada pembaca sebuah naskhah perundangan adat negeri Kedah yang diberi judul Undang-Undang Adat Negeri Kedah yang terhasil pada tahun 1893 dan masih belum diterbitkan. Isi kandungannya memerikan pelbagai maklumat penting tentang amalan undang-undang adat kesultanan Kedah pada abad ke-19, dan dalam masa yang sama mengetengahkan nilai sosiobudaya, ekonomi dan aturan kehidupan seharian masyarakat. Naskhah undang-undang tersebut juga kaya dengan nasihat adab pemerintahan mengikut ajaran Islam, kedudukan wanita, keanekaragaman bahasa dan sebagainya. Berdasarkan hukum-hakam yang tercatat dalam naskhah tersebut, dapat dibuat suatu gambaran tentang permasalahan sosial yang berlaku di Kedah sekitar abad ke-19 hingga pelbagai bentuk undang-undang telah diwujudkan bagi membendung dan mengatasi permasalahan sosial tersebut. Keunikan naskhah Undang-Undang Adat Negeri Kedah semakin terserlah melalui identiti pemiliknya, Ku Din Ku Meh yang pernah berkhidmat sebagai Penguasa Penjara di Alor Setar, Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1881–1943), dan seterusnya menjadi Gabenor di Setul (Satun). Hal ini memperlihatkan bahawa naskhah perundangan adat masih memainkan peranan dalam sistem perundangan di negeri Kedah pada abad ke-19 bagi memelihara keharmonian dan keutuhan kerajaan dan negara. Naskhah Undang-Undang Adat Negeri Kedah merupakan suatu pencapaian penting bagi sejarah dan ketamadunan hidup serta ketinggian hasil persuratan di negeri Kedah yang perlu diketengahkan kepada masyarakat hari ini.


HIMPUNAN 118 SAJAK MELAYU: ADAPTASI KISAH DARIPADA KOLEKSI CERITA RAKYAT KELANTAN TERPILIH

HIMPUNAN 118 SAJAK MELAYU: ADAPTASI KISAH DARIPADA KOLEKSI CERITA RAKYAT KELANTAN TERPILIH

Author: Mohd Firdaus Che Yaacob

Publisher: UMK PRESS

Published: 2024-03-14

Total Pages: 160

ISBN-13:

DOWNLOAD EBOOK

Buku ini antara mengandungi 118 buah sajak yang menggunakan bahasa puitis dan mengandungi makna tertentu sebagai wadah perkongsian rasa. Keseluruhan sajak-sajak ini dihasilkan menerusi koleksi cerita rakyat terpilih di Kelantan, antaranya ialah jajahan Gua Musang, Machang, Bachok, Jeli, Kuala Krai, dan Tumpat. Pengadaptasian cerita rakyat menerusi bentuk puisi seperti sajak ini mampu dijadikan sebagai wadah penyampaian ilmu dalam konteks yang berbeza sebagai variasi kesinambungan kebudayaan masyarakat Melayu pada zaman lampau.