Prestasi Kekal

Prestasi Kekal

Author: Erastus Sabdono

Publisher: Truth Literature

Published:

Total Pages: 165

ISBN-13: 6237350667

DOWNLOAD EBOOK

Kita percaya kemakmuran di dalam Tuhan yang Tuhan berikan bagi kita adalah supaya kita mengawal pekerjaan Tuhan. Bukan untuk kesenangan dan kepuasan diri kita. Tetapi kita harus sungguh-sungguh memandang bahwa kemakmuran duniawi tidak ada artinya jika dibanding dengan kekayaan Allah, yaitu kemuliaan. Celaka kalau kita menghabiskan tahun-tahun umur hidup hanya untuk sesuatu yang lenyap sekejap. Tidak salah memiliki rumah tangga yang ideal, pangkat, gelar, kedudukan pangkat, kekayaan; sebab Tuhan memang memberkati kita dengan semua itu. Ingat, semua itu untuk kemuliaan Allah dan mendukung pencarian dan pergumulan kita untuk memiliki prestasi abadi.


Struktur Konkrit dan Geoteknik: Perincian Kurikulum, Prestasi dan Pemodelan FEM

Struktur Konkrit dan Geoteknik: Perincian Kurikulum, Prestasi dan Pemodelan FEM

Author: Mohd Zaid Yusof, Mohd Zailan Sulieman, Ahmad Hilmy Abdul Hamid

Publisher: Penerbit USM

Published: 2020-01-01

Total Pages: 122

ISBN-13: 9674614834

DOWNLOAD EBOOK

Buku Struktur Konkrit dan Geoteknik: Perincian Kurikulum, Prestasi dan Pemodelan FEM ini disasarkan untuk pelajar bidang kejuruteraan dan teknologi terutamanya kejuruteraan awam, bangunan dan bahan. Ia sesuai digunakan sebagai rujukan cepat kepada pelajar-pelajar asasi sains, matrikulasi, diploma dan politeknik yang akan melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama. Selain memfokuskan kepada para pelajar, buku ini juga boleh digunakan sebagai rujukan awal kepada golongan profesional seperti jurutera atau ahli teknologi yang terlibat dalam kerja-kerja baik pulih konkrit atau struktur. Sebagai permulaan, hubung kait antara bidang kejuruteraan dan sains diketengahkan bagi memudahkan para pelajar untuk memperincikan jurusan-jurusan yang boleh diikuti melalui rajah Venn serta kaitannya dengan perjanjian akreditasi profesional Washington Accord dan Sydney Accord; selain tahap keperluan matematik dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Aspek konkrit seterusnya membincangkan tentang prestasi konkrit konvensional, konkrit bertetulang dan juga konkrit berasaskan polimer serta sifat-sifat mekanikal dan ketahanannya. Analisis numerikal (FEM) untuk konkrit bertetulang dan geoteknik turut diperincikan dalam buku ini dengan bantuan contoh kes bagi memudahkan pemahaman pembaca. Kaedah numerikal sebenarnya tidak terhad kepada analisis struktur sahaja tetapi juga digunakan dengan meluas dalam interpretasi atau analisis masalah geoteknik seperti kegagalan asas, anjakan cerucuk, resapan dan kestabilan cerun.


Neuropsikolinguistik

Neuropsikolinguistik

Author: Rozaida Abdul Rauf

Publisher: Penerbit USM

Published: 2021-10-08

Total Pages: 220

ISBN-13: 9674615660

DOWNLOAD EBOOK

Neuropsikolinguistik merupakan bidang yang menyelidik dan memerikan proses neurologi dan psikologi, yang memungkinkan manusia menguasai dan menggunakan bahasa. Revolusi sains kognitif telah mendorong para penyelidik daripada pelbagai latar belakang untuk menyelidik representasi dan pemprosesan bahasa. Buku ini mempersembahkan teks peringkat pengantar dan terkini untuk membiasakan pembaca dengan konsep teras dan pelbagai topik dalam bidang neuropsikolinguistik. Kursus dalam bidang psikolinguistik dan neurolinguistik telah diangkat sebagai kursus peringkat sarjana dan pascasiswazah, yang kini menunjukkan peningkatan pendaftaran yang signifikan oleh sarjana yang berminat dalam kedua-dua bidang neurosains kognitif ini. Perbincangan buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi semua peringkat kursus dalam bidang psikolinguistik dan neurolinguistik, termasuk kursus yang lebih umum dalam bidang sains kognitif, neurosains, kecelaruan bahasa, bahasa dan pemikiran, persepsi, penghasilan pertuturan dan lain-lain. Dengan mempermudah akses kepada lebih daripada setengah abad penyelidikan saintifik dan linguistik, buku ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua yang berminat dalam mengkaji hubungan antara representasi, pemprosesan bahasa dan otak.


Takaful Mikro untuk Warga Emas

Takaful Mikro untuk Warga Emas

Author: Asiah Kamal

Publisher: Penerbit USM

Published: 2024-06-07

Total Pages: 185

ISBN-13: 9674617760

DOWNLOAD EBOOK

Takaful mikro merupakan skim perlindungan yang ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar, bekerja di sektor tidak formal, malahan kepada segmen yang tidak disasarkan oleh takaful komersial dan takaful sosial. Warga emas yang disasarkan dalam penawaran takaful mikro ini adalah golongan yang berumur 60 tahun dan ke atas. Isu ini dijadikan fokus perbincangan berikutan jangkaan peningkatan bilangan warga emas di Malaysia yang mendorong ke arah pencapaian status negara tua pada tahun 2030 dengan 5.6 juta orang warga emas, iaitu 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini. Oleh itu, buku ini memperkenalkan model takaful mikro secara komprehensif yang membincangkan model dana tambahan, model strategi penawaran dan manfaat perlindungan yang sesuai diaplikasikan untuk memastikan kerelevanan penawaran skim takaful mikro ini. Bahkan, model ini telah memperoleh pengesahan daripada wakil industri dan pakar akademik yang terlibat selaku penasihat syariah bagi penilaian kelulusan penggunaan dana tambahan daripada sumber wakaf, dana tanggungjawab sosial korporat, zakat dan kombinasi dana daripada pelbagai sumber. Buku ini sesuai dijadikan panduan dan rujukan kepada pelbagai pihak, terutamanya Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, industri insurans dan takaful, kerajaan pusat, kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Negeri, badan bukan kerajaan, ahli akademik, masyarakat awam dan seterusnya para pelajar untuk memahami konsep penawaran dan perlindungan takaful mikro untuk warga emas.


Engineering@USM Celebrating 25 Years of Excellence towards Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow (Penerbit USM)

Engineering@USM Celebrating 25 Years of Excellence towards Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow (Penerbit USM)

Author: Abd. Aziz Tajuddin

Publisher: Penerbit USM

Published: 2014-11-25

Total Pages: 336

ISBN-13: 9838617067

DOWNLOAD EBOOK

This unique USM Engineering Campus silver (25th) anniversary publication is the de-facto chronological record in showcasing the success stories and various renowned achievements of Engineering @ USM throughout the 25 glorious years. With outstanding expertise in academic, complemented with continuous support from its proactive administration and technical staff, USM Engineering Campus aims to spearhead the engineering fraternity and the industrial sector to another level of world-class quality and excellence. This distinctive legacy book reflects the holistic sacrifices and accomplishments of the USM Engineering Campus community, who have contributed conscientiously towards the success of USM's prestigious APEX University agenda and improved efficiency of the engineering profession and strategic sustainable development activities worldwide. Penerbitan sempena ulang tahun jubli perak (25 tahun) Kampus Kejuruteraan USM ini merekodkan kronologi yang jitu tentang kejayaan serta memaparkan pencapaian cemerlang USM sepanjang 25 tahun yang gemilang. Dengan barisan kepakaran yang unggul dalam bidang akademik, berserta sokongan berterusan staf pentadbiran dan teknikal yang proaktif, Kampus Kejuruteraan USM mensasarkan untuk mengemudi bidang kejuruteraan dan sektor industri ke tahap kualiti dan kecemerlangan bertaraf dunia. Buku Iegasi ini menintakan pengorbanan dan pencapaian warga Kampus Kejuruteraan USM, serta memperlihatkan usaha gigih mereka dalam menjayakan agenda Universiti APEX, sekali gus melakar corak baharu dalam profesion kejuruteraan dan aktiviti strategik pembangunan lestari.


Librarianship and Information Science in the Islamic World, 1966-1999

Librarianship and Information Science in the Islamic World, 1966-1999

Author: Sterling Joseph Coleman

Publisher: Scarecrow Press

Published: 2005

Total Pages: 440

ISBN-13: 9780810851795

DOWNLOAD EBOOK

Country-by-country, this comprehensive, annotated bibliography brings together the vast number of articles, books, conference papers, theses, dissertations, and reports that have been written about librarianship in the Islamic World during the past fifty years. It highlights sources published on a wide variety of library and information science related topics including academic libraries, bibliometrics, cataloging, collection development, exhibitions, finance, gray literature, indexing, information communication, information science, library staff, literacy, management, national libraries, networks, online databases, periodicals control, preservation, public relations, reference work, research, school libraries, security, technical services, and user training.