Izinkan Kubahagia

Izinkan Kubahagia

Author: Leeya Myra

Publisher: Alaf 21

Published: 2006

Total Pages: 496

ISBN-13: 9831242696

DOWNLOAD EBOOK

Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir. Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu. Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.


Cinta Dua Jiwa

Cinta Dua Jiwa

Author: Rania Firdaus

Publisher: Alaf 21

Published: 2009

Total Pages: 484

ISBN-13: 9831243919

DOWNLOAD EBOOK

HARIZ, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di...


Kejora Di Langit Cinta

Kejora Di Langit Cinta

Author: Anis Ayuni

Publisher: Alaf 21

Published: 2012

Total Pages: 587

ISBN-13: 9831247817

DOWNLOAD EBOOK

NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa. Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empattahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang kalau bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.


Kerana Dikau

Kerana Dikau

Author: Siti Farhan Mohamed

Publisher: Alaf 21

Published:

Total Pages: 271

ISBN-13:

DOWNLOAD EBOOK

Angin malam berhembus lembut. Me­nyegarkan tubuh gadis itu yang dibaluti pakaian cantik. Bibirnya mengukir se­nyuman, menyaksikan keindahan ma­lam yang penuh berwarna-warni. Di dada langit, warna jingga kemerah-merahan masih samar-samar kelihatan me­nanda­kan tirai malam baharu sahaja berlabuh. Cuaca cukup baik dengan bintang berkerlipan. Cahaya bulan yang malu berselindung di sebalik dedaun kelapa meliuk-lintuk dipuput angin. Alam seakan-akan turut bergembira meraikan malam itu. Malam pe­nyatuan jiwa mungkin untuk selama-lamanya. Sitah tersenyum lagi. Kakinya mengorak langkah dalam gementar. Ruang tengah banglo mewah itu sesak dengan para tetamu yang pelbagai gelagat. Setiap kali berselisih de­ngan orang-orang kampung, Sitah tidak lupa me­nyapa mesra. Tangannya masih menggenggam erat sebuah bung­kusan be­reben merah. Dia menuju ke bilik ber­langsir ungu muda yang terhias cantik. Hatinya tidak sabar-sabar lagi untuk me­nemui orang yang sangat dirindui. Langkah Sitah semakin lebar.