Dosa Malam Pengantin

Dosa Malam Pengantin

Author: Sri Diah

Publisher: Alaf 21

Published: 2000

Total Pages: 258

ISBN-13: 9831240413

DOWNLOAD EBOOK

Reyna tidak pernah berasa bersalah apabila dia kerap menangguhkan perkahwinannya dengan Iskandar. Baginya kerjayanya sebagai model adalah lebih utama. Dunia glamor yang bergemerlapan adalah segala-gala baginya. Lagipun apa yang mereka tidak perolehi kecuali pernikahan? Apabila Iskandar memutuskan pertunangan dan meninggalkannya, Reyna langsung tidak rasa kecewa sehinggalah bekas tunangnya itu mendampingi Maria, teman serumah Reyna! Di waktu itu barulah Reyna berpijak di bumi nyata. Kemunculan Dr. Munir dalam hidupnya memberikan cahaya. Namun hari-hari semalam sentiasa mengekori dan hari-hari esok mula menghantuinya.


Cinta Yang Terpilih

Cinta Yang Terpilih

Author: Sri Diah

Publisher: Alaf 21

Published: 2010

Total Pages: 512

ISBN-13: 9831245407

DOWNLOAD EBOOK

WARDA - Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain! Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam. ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.


Doa Buat Suamiku

Doa Buat Suamiku

Author: Sri Diah

Publisher: Alaf 21

Published: 2009

Total Pages: 512

ISBN-13: 9831244524

DOWNLOAD EBOOK

HAZWANI, gadis berkarier yang memiliki segala-galanya. Namun, ada satu yang kurang; dia gagal memeluk cinta seorang lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi dia terlalu leka dengan kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagiaan teman seusia. Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu juga dengan layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yang saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yang dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, Iran membuka pintu hatinya. Namun, prinsipnya tetap sama; dia tidak mahu terburu-buru, bimbang ada hati yang terluka. Kerna itu, di setiap sujudnya, doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorang daripada mereka atau perlukah dia menanti lagi?


Akhirnya Aku Kahwin!

Akhirnya Aku Kahwin!

Author: Herna Diana

Publisher: Alaf 21

Published: 2012

Total Pages: 496

ISBN-13: 9831247256

DOWNLOAD EBOOK

Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan. Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?


Islam, Women's Sexuality and Patriarchy in Indonesia

Islam, Women's Sexuality and Patriarchy in Indonesia

Author: Irma Riyani

Publisher: Routledge

Published: 2020-11-26

Total Pages: 240

ISBN-13: 1000221814

DOWNLOAD EBOOK

This book explores the intimate marital relationships of Indonesian Muslim married women. As well as describing and analysing their sexual relationships, the book also investigates how Islam influences discourses of sexuality in Indonesia, and in particular how Islamic teachings affect Muslim married women’s perceptions and behaviour in their sexual relationships with their husbands. Based on extensive original research, the book reveals that Muslim women perceive marriage as a social, cultural, and religious obligation that they need to fulfil; that they realise that finding an ideal marriage partner is complicated, with some having the opportunity for a long courtship and others barely knowing their partner prior to marriage; and that there is a strong tendency, with some exceptions, for women to consider a sexual relationship in marriage as their duty and their husband’s right. Religious and cultural discourses justify and support this view and consider refusal a sin (dosa) or taboo (pamali). Both discourses emphasise obedience towards husbands in marriage.


Pasrah Kasih

Pasrah Kasih

Author: Mazia Harris

Publisher: Alaf 21

Published: 2005

Total Pages: 612

ISBN-13: 9831241886

DOWNLOAD EBOOK

Andai benar wanita itu penyeri hidup, mengapa mesti ada luka di hati mereka? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka? Penghijrahan Zuliyanti ke Malaysia demi untuk mengubah nasib keluarga. Pun dia tidak pernah menjangka akan terjerumus dalam kemelut yang menuntut pengorbanan besar dirinya. Tanpa diduga, dia terleka dengan permainan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa. Layanan menggoda Saiful membuahkan sayang di hati dan tanpa sedar telah menghanyutkannya dari dunia realiti. Saiful pula kian terjebak dalam permainan yang diciptanya sendiri. Demi sayangnya pada Karmila; isteri yang setia, kerana kasihnya pada Zuliyanti; kekasih yang manja memaksa dia mengatur permainan demi permainan agar tidak ketara cela lakonannya. Pengorbanan Zuliyanti menghidupkan lagi sandiwara Saiful. Niatnya hanya satu, untuk menghalalkan yang haram dan tidak terus terjerumus dalam dunia kemaksiatan.